top of page
Search

AviaBitcoin Network / ABN Network Ponzi Scam (Part 2)

  • Writer: kempen anti moneygame
    kempen anti moneygame
  • Sep 21, 2017
  • 9 min read

3.) MODUS-OPERANDI Mengapa dan kenapa penulis begitu yakin mengatakan AviaBitcoin Network / ABN Network ini adalah skim ponzi, penipu ? Ini budak tadika pun boleh kenal pasti, bak kata P. Ramlee didalam filem "Tiga Abdul" : "Kamu kan tahu mereka itu penipu, muka mereka pun muka penipu, kenapa kamu yang bijak pandai belajar sampai masuk university ni boleh dengan tipu dengan mereka ? kamu tu yang bodoh". Untuk pengetahuan semua, ABN Network ini sememangnya mempunyai mining farm bitcoin mereka sendiri. YA... mereka mempunyai sekitar 30 buah mining server (dipanggil "Miner"), setakat yang saya ketahui, OK lah, kita bagi mereka chance, 40 biji miners yang berkapasiti 4.8 TH/s (terahash per/second) setiap satu, dan menjadikan keseluruhan processing powernya ialah (40 x 4.8) = 192 TH/s. Sila ingat bab ini, kerana kita akan kembali mengenai perkara ini. PENTING, sebab bukan senang saya hendak ajar kelas buta huruf dan matamatik ini. Mari kita analisa plan dan struktur perniagaan serta marketing mereka, lihat gambar dibawah :

i.) Pertama sekali yang saya hendak kutuk dari gambar diatas ialah, English standard koperat mana mereka pakai ni ? ii.) Seterusnya, sebagai orang corporate (koperat) dan didalam dunia koperat. Apa sahaja yang menjanjikan "GUARANTEED" (dijamin) terhadap ROI (Return of Investment) nya is a big no no no (adalah tidak tidak tidak). Kerana tidak ada perniagaan yang boleh menjamin ianya akan mendapat keuntungan yang sama setiap hari dan setiap bulan. Apatah lagi mereka ini tiada contingency plan untuk perniagaan mereka. Mereka bayar pakai apa ? bulu atau pusing duit pelabur, sila baca seterusnya. iii.) Mereka menjamin keuntungan sebanyak 0.33% sehari (atau 9.9% sebulan) dari modal selama 1000 hari. WoW !!! Berniaga penipu lagi untung dari berniaga jujur. iv.) Sponsor Bonus sehingga 10 level keturunan, dan secara keseluruhan bonus tersebut berjumlah 105%. WOW !!! 105%... mengkagumkan. v.) Pairing sehingga 10% bagi setiap level keturunan, bermakna total 100% bagi 10 level. Tetapi terhad kepada USD $ 1000 sahaja sehari. Bermakna, secara tidak langsung sebulan boleh mencecah USD $ 30,000 Kan ? vi.) Bonus CTO (Company-Turn-Over) iaitu keuntungan jualan syarikat, 2.5% vii.) Mining Pool Share 3.3% setiap bulan. viii.) Daily ROI ? Skim ponzi sahaja yang memberikan ROI harian. ix.) Hari ini labur, esok dah boleh dapat ROI. Memang karut. x.) Bayaran untuk memasuki skim peleburan ini ialah didalam Bitcoin. Dan bayaran hendaklah dibuat ke dalam account peribadi (personal account). Haaa... personal account ? Ini company yang konon professional atau business tepi longkang ? Kenapa tidak dibayar ke dalam account syarikat ? OK murid murid sekalian, sekarang mari kita kira.... : Pendapatan sebagai Networker untuk skim ini Bonus Sponsor 105% + Bonus Pairing 100% + Bonus CTO 2.5% Jumlah = 207.5% Mengkagumkan bukan ? Pendapatan sebagai Pelabur didalam skim ini Daily ROI 0.33% (atau 9.9% sebulan) + Mining Pool Share 3.3% Jumlah = 13.2% sebulan (guaranteed) Adakah semua diatas masuk dek akal anda ? Yang untuk networker itu mungkin tidak masuk dek akal, mereka hendak bayar bagaimana tu 207.5% ? Kita senyum sahajalah melihat orang orang bodoh yang tak reti mengira ini. Anda masih tidak nampak, anda memang pendek umur. Takpa, mari kita analisa seterusnya. Tahukah anda semua, untuk meleburkan diri didalam skim ABN Network ini, anda hendaklah membeli Bitcoin (emas Digital) dan membayar kepada ABN Network melalui sistem di website nya didalam Bitcoin. Kenapa Bitcoin, kenapa tidak didalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja ? Mudah, kerana dengan Bitcoin, ianya tiada reverse charge, ianya untraceable (tidak boleh dikesan), malah jika anda ke Balai Polis sekalipun untuk membuat laporan polis mengatakan skim ponzi ini telah membawa lari Bitcoin anda, Polis pun akan ternganga tidak tahu apa itu Bitcoin. Saya berikan anda tip, jika syarikat ini betul melakukan mining Bitcoin. Anda sepatutnya melabur didalam bentuk tunai Ringgit Malaysia (RM) dan mendapat pulangan anda didalam bentuk Bitcoin. Anda melabur untuk mendapatkan Bitcoin, bukankah begitu ? Apa gunanya anda melabur dengan Bitcoin untuk mendapatkan Bitcoin (umpama anda melabur didalam syarikat perlombongan emas dengan emas, bodoh ke apa ?), lebih baik anda simpan sahaja Bitcoin itu dan tunggu harganya naik dan kemudian jual untuk mendapatkan keuntungan, itu adalah lebih baik. Kenapa skim ABN Network ini mahu anda membuat bayaran peleburan anda didalam Bitcoin ? Kerana mereka boleh pusing Bitcoin anda itu, untuk membayar anda semula. Sila lihat gambar dibawah :

Tahukah anda, bahawa 1 BTC (Bitcoin) boleh dipecahkan kepada 100 Juta decimal ? iaitu 0.000000001 ? Dari gambar diatas, anda boleh melihat bayaran yang diterima oleh si pelebur adalah sebanyak 0.00037345 BTC (kita bundarkan kepada 0.00038 BTC) setiap hari. Tahukah anda berapa nilai 0.00038 BTC pada hari ini ? sila lihat www.XE.com DI SINI dan harus diingatkan harga pasaran Bitcoin berubah setiap minit. Pada waktu penulis menulis ini, 0.00038 BTC bernilai sekitar RM 0.66 sen SAHAJA. Tahukah anda, untuk menjadikan 0.00038 BTC itu kepada 1 BTC, ia memerlukan 3333 hari ? 1 / 0.00038 = 3333 Jika anda tertanya tanya, berapakah nilai 1 BTC pada hari ini, sila lihat www.XE.com DI SINI, sewaktu penulis menulis artikel ini, 1 BTC berharga pada sekitar RM 1,750.94 Anda nampak sekarang, disinilah boleh diketahui bagaimana mereka bermain roller coaster memusingkan duit pelebur bodoh mereka. Kerana itu mereka mahukan pelebur mereka membuat pembayaran peleburan mereka didalam Bitcoin. Jika RM 0.66 sen hari Maka ianya RM 19.80 sebulan 1000 hari tempoh bayaran, jumlah keseluruhan ialah = RM 660 Jika 1 BTC boleh dipusing untuk membayar si Pelebur bodoh untuk tempoh selama 3333 Hari. Bermakna mereka penipu ini telah untung sebanyak 2333 hari. Dan perkiraan perkiraan mereka penipu ini sebenarnya banyak bercanggah dengan apa yang mereka iklankan, sila lihat gambar dibawah :

Jika anda perhatikan pada gambar diatas, anggaran ROI (Return of Investment) yang dipaparkan adalah terlalu "exaggerate" (gah). Dan diletakkan didalam nilai Ringgit Malaysia (RM), bukannya Bitcoin. Sedangkan mereka membayar pelebur didalam bentuk Bitcoin. Kerana apa mereka lakukan begini ? kerana untuk mengelirukan pelebur. Penulis tidak merasakan ROI hariannya ialah 0.33% tetapi lebih kepada 0.033% berdasarkan gambar kedua diatas pada artikel ini. Kita tumpukan perhatian kita pada pakej AVIA50 diatas, ROI anggarannya ialah RM 1.00 setiap hari, bermakna pada tempoh 50 hari si Pelebur telah balik modal RM 50. WOW !!! Kagum... terkejut boboi tau. Tempoh tidak sampai 2 bulan, telah mendapat keuntungan 100%. Ertikata lain, setahun ada 365 hari, bermakna 350 hari si Pelebur itu akan mendapat 500% keuntungan. WOW... !!! Penuh kesaktian sungguh skim ponzi ABN Network ini. ( * Kenapa mereka mengadakan pakej berharga serendah RM 30 ? kerana mereka boleh mendapatkan pelebur pelebur bodoh dari kalangan budak budak sekolah dan kaki lepak tidak ada masa depan di Cybercafe Cybercafe. Ini dari makluman yang penulis terima.) Nanti... sabar... bukan itu sahaja kesaktian ABN Network ini, malah kerana mereka ni kononnya terdiri dari pakar pakar dan professional, mereka mempunyai mukjizat didalam ilmu matamatik, komputer dan technology. Sebelum ini, saya hendak anda semua melihat dan membaca apa pada gambar dibawah :

Gambar diatas dari : http://www.abnbtc.com/#!faq/qn69i

OH MY ENGLISH... How expert is that ? Shouldn't it be "is not own by a single entity", rather than "is not owned by any single person". Sila tonton video dibawah, dan baca seterusnya untuk diperlihatkan kesaktian peringkat mukjizat mereka ini :

NOW... let's buka pekung mereka, shall we ? Lihat gambar dibawah :

Dari gambar dan video diatas, anda boleh melihat sendiri. Seperti yang saya katakan sebelumnya, pada permulaan artikel ini, saya memberi markah kasihan, dan mereka hanya boleh menjana sekitar 17.98 BTC SAHAJA sebulan dengan kapasiti kuasa pemprosessan sebanyak 192 TH/s (persamaan dengan 40 miners yang berkuasa 4.8 TH/s setiap satu). 17.98 BTC itu berharga sekitar USD $ 7584.95 (RM 32,000), dan ini hanyalah pendapatan kasar (gross nett), belum di tolak sewa pejabat / atau tempat untuk menjalankan operasi mining itu, belum di tolak kos paling tinggi didalam melombong (mining) Bitcoin ini, iaitu Elektrik (tak tahulah sama ada mereka ini mencuri elektrik, itu kena minta Sarawak Energy Berhad check), belum di tolak kos lain lain seperti gaji gaji mereka yang pakar penipu ehhh "pakar", gaji CEO gaji tukang kencing, gaji penipu, dan sebagainya. Belum dikira hendak bayar "pairing" kaki sotong maximum USD $ 1000 sehari atau persamaan USD $ 30,000 sebulan. Kan ? Logik tak ? Anda hendak bukti lagi yang mereka ini sebenarnya pusing duit pelebur bodoh ? Lihat 2 gambar dibawah ini :

Gambar dari calculator pengiraan diatas, diambil sekitar minggu lepas dari tarikh penulis menulis artikel ini. Perkiraan pada minggu ini, untuk 200 TH/s hanya boleh memperolehi sekitar 18+ BTC sahaja. YA... setiap 15 hari, faktor difficulty (kesukaran) untuk mendapatkan bitcoin akan berubah. Ini kerana Bitcoin hanya terhad kepada 21 Juta BTC sahaja. Semakin banyak yang telah dijumpai, semakin sukar untuk mendapatkan bakinya. Secara purata, setiap 15 hari, kesukarannya akan menjadi (minus) -8.3% dari pendapatan Bitcoin pada 15 hari sebelumnya. Contoh, katakan pada 15 hari yang lalu, anda mendapat 100 BTC, pada 15 hari kemudiannya anda akan hanya mendapat 91.7 BTC sahaja. Dan begitulah seterusnya pengurangan (kesukaran) itu sehingga tahun 2040 sehingga habisnya 21 Juta Bitcoin itu dilombong. Seperkara lagi AviaBitcoin Network / ABN Network punya mining farm "konon"nya, tidak tersenarai pada public ledger bitcoin yang terdapat di Blockchain.info Anda juga boleh meng-google dan boleh lihat sendiri segala transaksi aliran kewangan wallet Bitcoin milik AviaBitcoin / ABN Network. Bitcoin adalah sangat telus (transparent), dimana segala traksaksinya boleh dilihat di ledger awam (public ledger) nya yang terdapat atau boleh di cari melalui cari alamat wallet (nombor acc wallet) nya di Blockchain.info Sebagai contoh, gambar dibawah, AviaBitcoin Network / ABN Network mempunyai 3 wallet Bitcoin berasingan. Mungkin hendak main pusing pusing supaya pelabur tidak mengesyaki mereka adalah skim ponzi.

Rasanya sudah memadai penulis membuktikan segala pembongkaran ini dengan cukup detail terperinci sekali. Ini adalah ilmu yang sangat mahal dan bermanfaat. Jadi tolong berterima kasih, jangan biadap, jangan lebih sudu dari kuah dari tok guru anda ini. Kalau anda orang yang beragama islam, marahnya seseorang yang anda pelajari ilmu darinya kepada anda - maka murkanya Allah kepada anda juga. So don't ever try to discredited me. Penulis tidak akan menulis faktor ke-4 iaitu Ownership (milik siapa), siapakah pemilik pemiliknya yg lain jika ada, kerana rasanya, Part 1 yang lalu penulis telah membuat pengenalan mengenai siapa pemilik AviaBitcoin Network ini. Mereka ini semuanya orang-orang MLM dan Network Marketer skim skim ponzi. Mereka ini bukanlah golongan professional atau compliance people, tetapi mereka ini adalah parauk yang hendak kaut duit anda sahaja dengan melakukan skim penipuan seperti ini.

Ya benar... mereka melakukan real mining, tetapi itu hanya sekadar drama. Sekadar untuk mengaburi mata anda, dan kebanyakkan pelebur yang bodoh. Yang umpama "tin kosong" bodoh piang. Ehhh... jangan marah aku tok guru yang mengajar kau ilmu, terima hakikat itu. Kau bukan bayar aku yang berjasa dengan kau ni pun (terima kasih pun takdak), si penipu ni kau bayar pula, siap masuk skim penipu dia lagi. Jadi kepada mereka penyangak atau 3suku yang juga membaca ini atau belajar dari orang lain yang membaca ini dek kerana malas membaca, tak perlulah rasanya ceduk belajar ilmu penulis dan kemudian hendak tunjuk pandai dengan penulis atau kenakan penulis. Level "anak murid" tetapi anak murid, tak kiralah kau tua nak mampus ke atau baby baru lahir. Penulis bukanlah hanya bekas seorang Regional Manager untuk sebuah Syarikat CrowdFunding antarabangsa sebelum ini, penulis juga aktif didalam International Bitcoin Community dan mula mengikuti perkembangan Bitcoin semenjak tahun 2009 ketika Bitcoin ini lahir, penulis juga aktif didalam Angel Investorship, penulis juga adalah seorang pelabur, dan penulis juga menjalankan syarikat usahasama Angel Investor dan project pertama penulis ialah Bitcoin Mining, dan syarikat kepunyaan penulis serta apa yang penulis lakukan adalah sah disisi undang-undang dan perundangan. Kerana ini penulis boleh mengupas perkara ini sedalam dalamnya. Penulis boleh dihubungi DI SINI jika hendak mengetahui lebih lanjut. Sebenarnya banyak lagi bukti yang penulis hendak paparkan, antaranya jikalau diperhatikan dari page page atau dari marketer marketer AviaBitcoin / ABN Network ini, 98% mereka hanya memaparkan pendapatan sebagai network marketer mereka di ABN Network, tidak kepada pendapatan sebagai pelebur. Tetapi rasanya memadailah itu sahaja apa yang penulis coretkan. Semoga ianya bermanfaat. Kepada Cawangan Khas, tunggu apa lagi... kasi angkut lah mereka ni semua. Ilmu dah penulis ajarkan, you owe me Lobster steak. Kepada tauke skim ponzi AviaBitcoin Network / ABN Network ni, rombak... rombak lagi... hahaha ketara benar kelihatan penipuannya jikalau merombak lagi. Bagai tikus membaiki labu..

PERHATIAN : "BITCOIN" bukanlah suatu skim, Bitcoin bukanlah ponzi, Bitcoin juga bukanlah scam. Bitcoin diiktiraf sebagai salah satu matawang dunia, jauh lebih tinggi nilainya dari Kuwait Dinar (KWD) mahupun Pound Sterling. Kerajaan Amerika mengiktiraf Bitcoin sebagai Komoditi. Kerajaan UK adalah kerajaan yang paling menyokong dan mendokong Bitcoin dan perkembangannya. Dan Bitcoin kini didagangkan di dagangan matawang terbuka (forex). Bitcoin tidak bersalah, bitcoin adalah instrument. Ianya adalah matawang. Yang bersalah ialah mereka mereka penyangak yang menjadikan Bitcoin ini sebagai alat atau medium untuk melakukan skim skim ponzi serta penipuan mereka. Mereka mengambil kesempatan dari perkara baru yang tidak banyak diketahui oleh umum. Sebagaimana mana Ringgit Malaysia (RM), skim skim penipu sebelum ini tidak menggunakan Bitcoin, tetapi menggunakan RM sebagai medium. Kenapa tidak mengatakan RM itu scam ? RM atau Bitcoin bukanlah scam atau ponzi, tetapi mereka yang menggunakan kedua dua ini sebagai medium yang menjadikan ianya sebagai skim yang scam atau ponzi. Harap maklum, dan harap jelas dengan perbezaan ini. 2 Perkara yang berbeza, dan 2 definasi yang berbeza. -- THE PUNISHER -- --- Luqmanul Hakim Abd Rahim ---

Sumber Asal Dari http://bitcoinalert.livejournal.com/1896.html


 
 
 

Comments


Featured Review
Tag Cloud

© 2023 by The Book Lover. Proudly created with Wix.com

  • Grey Facebook Icon
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Google+ Icon
bottom of page