top of page
Search

AviaBitcoin Network / ABN Network Ponzi Scam (Part 1)

  • Writer: kempen anti moneygame
    kempen anti moneygame
  • Sep 21, 2017
  • 6 min read

AviaBitcoin Network (www.Avia-Bitcoin.com) atau kini ABN Network (www.abnbtc.com) adalah suatu skim ponzi yang dimiliki atau dilakukan oleh seorang lagi rakyat Malaysia yang dikenali sebagai Encik Mahmmud Kunaini Jamali. Dimana beliau ini memang seorang marketer untuk skim MLM, skim cepat kaya dan ponzi. AviaBitcoin / ABN Network didaftarkan sebagai sebuah syarikat milikkan tunggal (Enterprise) di Malaysia dan beralamat seperti yang berikut : Nombor Pendaftaran SSM : 002483119-W Beralamat di : First Floor, Lot 564, Block 123, NewTownShip Dalat, 96300 Dalat, Sarawak. Tel : 08 - 4863209 013 - 862 7531 Skim ini telah memasuki pasaran internet, pada sekitar oktober 2015 dan telah di labelkan sebagai skim tidak sah (ponzi) oleh Bank Negara Malaysia scamlist / blacklist alert. Dan kerana itu, mereka menukar dari Avia-Bitcoin.com kepada ABNBTC.com pada 12hb Februari 2016 untuk mengelirukan orang ramai atau pihak berkuasa, terutamanya Bank Negara Malaysia (BNM). Sekarang, mari kita kenali serba sedikit siapa dia Encik Mahmmud Kunaini Jamali ini mengapa saya mengatakan AviaBitcoin / ABN Network ini adalah scam skim ponzi.

Sumber dari : http://skbtgai.zoom-a.com/stafakademik.html

Tidak banyak yang dapat diketahui mengenai CEO atau Pemilik ABN Network ini iaitu Encik Mahmmud Kunaini Jamali, beliau adalah seorang kakitangan kerajaan, sama ada seorang pendidik (cikgu) ataupun pembantu am di sekolah, dengan Gred DGA29. Selain itu anda juga boleh melihat sendiri dari profile facebook,

Dan dari gambar profile facebook beliau (lihat gambar dibawah), dan cara beliau berpakaian untuk gambar utama profile beliau serta cara beliau bercakap, kita boleh beranggapan, itu sememangnya gaya mutu dan keunggulan seorang "Network Marketer" sama ada MLM, skim ponzi atau scammer. Untuk menguatkan lagi anggapan ini, silalah baca artikel di website ini

DI SINI.

http://sabahkinimirror.blogspot.my/2015/04/drzky-international-berjaya-tubuhkan.html

Straight-to-the-Point, mengapa dan kenapa saya mengatakan AviaBitcoin Network / ABN Network ini adalah skim ponzi atau scam ?

  1. LEGALITY (paling penting untuk menentukan)

  2. Jenis Perniagaannya

  3. Modus-Operandi

  4. Ownership (milik siapa), siapakah pemilik pemiliknya yg lain jika ada

EMPAT (4) perkara diatas paling penting untuk menentukan sesuatu syarikat atau business itu Legal (sah) di sisi undang-undang atau tidak. Jika ianya tiada seperti diatas. Maka ianya 200% penipu. LEGALITY adalah aspek pertama yang harus kita lihat untuk menentukannya, kalau ini pun tak betul, yang lain tu tak perlu dilihat lagi, kerana sememangnya penipu.

1.) LEGALITY Tahukah anda bahawa mereka di AviaBitcoin Network / ABN Network ini adalah plagiariser (penciplak) dan twister (manipulator / pembelit) ? Pembongkaran pada BitcoinAlert.Livejournal.com bermula sejak 7hb Februari 2016. Mereka atau tali barutnya di ABN Network ini telah membaca pembongkaran penulis ini, dan telah merombak segalanya pada modul atau organisasi skim ponzi mereka. Mereka cuba hendak menjadikan atau menampakkan yang syarikat atau skim mereka "legal" (sah) di sisi undang-undang, sedangkan mereka tidak. Mereka ibarat "tikus membaiki labu", semakin jelas menampakkan ianya suatu skim penipuan, bukannya semakin elok. Tikus tidak boleh membaiki labu, lagi jahanam labu itu adalah. Penulis sebelum ini, pada pembongkaran skim skim ponzi scam sebelum ini DI SINI sering menyatakan bahawa, syarikat yang betul legal ialah, memaparkan siapa CEO nya, siapa pemilik syarikatnya, daftar domain name atas nama betul dan alamat yang betul, memaparkan alamat pejabat dan nombor telefon yang betul di website nya, kesemua ini hendak telus (transparent). Tetapi mereka di ABN Network ini cuba hendak menutup / cover penipuan mereka, dan mereka rombak syarikat ponzi mereka. Antara yang paling ketara mereka rombak ialah domain name website mereka, dari www.Avia-Bitcoin.com ke www.ABNBTC.com. www.Avia-Bitcoin.com didaftarkan pada 12hb Oktober 2015 www.ABNBTC.com didaftarkan 13hb Februari 2016 Anda nampak ? Perubahan itu berlaku selepas penulis menulis pembongkaran pertama pada 7hb Februari 2016 yang lalu. Kenapa selepas ? kenapa tidak sebelum ? Kerana mereka membaca, dan terfikir bagaimana hendak camourflage atau baiki labu busuk mereka supaya nampak legal, wangi yg stim seperti Davidoff Coolwater for Women dan sah, sedang ianya semakin ketara memperlihatkan kebodohan mereka penipu ini. Seperti penulis selalu katakan sebelum ini, sebagaimana menganyam tikar, jika dari mulanya lagi anyamannya tidak betul, sehingga ke hujunglah coraknya akan salah dan jelas kelihatan salahnya corak itu. Ini prinsip yang perlu di pegang. PERSOALANnya, mengapa perlu menukar domain name dari www.Avia-Bitcoin.com ke www.ABNBTC.com ? sedangkan domain name website mereka www.Avia-Bitcoin.com itu baru sahaja didaftarkan pada 12hb Oktober 2015 dan hanya akan lupus tamat pada 12hb Oktober 2016. Sila lihat gambar dibawah, WHOIS terhadap domain name mereka, perbezaan sebelum dan selepas :

WHOIS di atas dari : http://whois.domaintools.com

JAWAPAN kepada persoalannya, mengapa mereka menukar domain name mereka, sedangkan yang asal itu pun masih lama lagi hendak tamat ?

  • Kerana mereka cuba untuk menampak mereka itu legal (sah), sedangkan ianya adalah cover-up dek pembongkaran penulis sebelum ini. Lihat gambar WHOIS diatas, sebelumnya website www.Avia-Bitcoin.com itu pendaftarannya adalah "private", ianya didaftarkan atas nama hantu. Dan selepas itu, domain name website baru mereka www.ABNBTC.com telah didaftarkan atas nama empunya, itu pun tidak penuh, masih hendak menyorok, hanya didaftarkan atas nama Mahmmud Jamali (bukan Mahmmud Kunaini Jamali). Organisasi iaitu nama syarikatnya tidak diletakkan, malahan alamat pendaftaran pun bukanlah alamat penuh, hanya sekadar Dalat Mining Farm. Apa yang mereka lakukan ini hanyalah sekadar untuk cukup syarat sahaja.

  • Kerana domain name website mereka www.Avia-Bitcoin.com itu telah masuk didalam senarai hitam BNM.

SYARIKAT yang menjalankan skim ponzi scam ini, didaftarkan dengan Nombor Pendaftaran SSM : 002483119-W. Yang mana nombor pendaftaran itu merujuk kepada syarikat bertaraf "Enterprise" dimana ia adalah syarikat milikkan tunggal (sole proprietor), dan tertakluk dibawah Akta 125 (Akta Syarikat 1965). TAHUKAH ANDA ? Syarikat Enterprise :

  • Tidak boleh mengambil deposit dari awam. Malah syarikat Sendirian Berhad sekalipun yang hendak mengambil deposit dari awam, dikehendaki mematuhi (compliance) Akta Syarikat 1965 dan juga Capital Markets and Services Act 2007 (CMSA). Bagaimana pula syarikat berstatus longkang Enterprise ini dengan sewenangnya menawarkan pelaburan dan mengambil deposit dari awam ? Sedangkan mereka ini tidak berlesen dan memang tidak akan diberikan lesen dengan taraf Enterprise itu.

  • Tidak boleh menjalankan perniagaan atau melakukan sesuatu perniagaan (projek) melebihi nilai RM 2 Juta sahaja. Syarikat Enterprise yang hendak ambil projek kerajaan bernilai RM 500,000 pun cukup susah, ataupun memang tiada langsung yang diberikan projek atau tender untuk nilai melebihi RM 500,000 pada sesebuah syarikat milikkan tunggal.

  • Syarikat Enterprise tidak diwajibkan audit dan perakaunan. Bagaimana hendak melihat prestasi dan ketelusan mereka ? Adakah mereka memberikan kepala pelabur mereka audit kewangan mereka setiap tahun atau bulan ? Cuba minta mereka Audit bagi syarikat mereka untuk tahun penutup 2015 yang lalu, mereka beroperasi sejak Oktober 2015, sepatutnya mereka mempunyai prospectus pelabur untuk tahun penutup 2015. Cuba minta, hahaha potong jarilah mereka ada. Professionalnya lah hai, taraf berniaga tepi jalan sahaja.

  • Syarikat Enterprise secara KHASnya untuk "trading company". Cth : Peruncitan, peniaga kecil.

  • Syarikat Enterprise adalah tidak selamat bagi melakukan aktiviti pelaburan seperti ini.

  • ( * sila rujuk www.usahawan.com dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia )

  • ( ** Enterprise membolehkan perkongsian jika tidak milikkan tunggal. Minimum 2 orang, maksima 20 orang sahaja)

Maka, sebagai pengetahuan kepada mereka yang tidak tahu. Semua syarikat yang berdaftar di Malaysia, sama ada Milikkan Tunggal (Enterprise), Perkongsian (Enterprise), Sendirian Berhad mahupun Berhad. Syarikat syarikat ini tertakluk dibawah Akta 125 (Akta Syarikat 1965). Sesebuah syarikat yang tertakluk dibawah Akta 125 (Akta Syarikat 1965) perlu mematuhi 96 kewajipan (secara tidak langsung syarikat itu terdedah kepada 96 jenis kesalahan) yang diperuntukkan oleh Akta Syarikat 1965 sejauh yang berkaitan dengan syarikat anda. Bagi setiap kewajipan, pelanggarannya adalah satu kesalahan yang dikenakan penalti sama ada dalam bentuk penalti ingkar, atau penalti biasa, sama ada dalam bentuk denda atau penjara atau kedua-duanya sekali. Apa yang dipaparkan dibawah ini disusunatur secara ringkas bagi memudahkan anda untuk membuat rujukan. Anda boleh rujuk Website INI untuk membaca kesalahan kesalahan yang dimaksudkan. (Bukan hanya Sendirian Berhad, tetapi apa sahaja Syarikat yg tertakluk dibawah Akta Syarikat 1965. Cuma sama ada ia wajib (mandatori) atau tidak. Sebagai contoh : mengambil deposit awam tanpa lesen tidak dibenarkan bagi semua syarikat yang tertakluk dibawah Akta Syarikat 1965. Tidak mandatori bagi Enterprise untuk mengemukakan audit, tetapi mandatori bagi Sdn Bhd dan Berhad.) Syarikat AviaBitcoin Network / ABN Network ini telah banyak melanggar Akta 125 (Akta Syarikat 1965), kerana syarikat Enterprise tertakluk dibawah Akta ini. OK, sekarang mari kita lihat legality lain pula. Saya akan hanya menggelar AviaBitcoin Network ini sebagai ABN Network mulai saat ini. Seperti yang saya katakan sebelum ini, ABN Network ini telah counter penipuan mereka dari apa pembongkaran saya sebelum ini, agar supaya mereka kelihatan legal (sah), sedangkan hakikatnya mereka tidak. Kan ? Pada 14hb Februari 2016 yang lalu, di page Facebook mereka INI, mereka telah menggunakan istilah CrowdFunding untuk meyakinkan orang ramai supaya melabur dengan skim ponzi mereka. Sedangkan mereka sebagai sebuah syarikat yang berdaftar dengan SSM dan di Malaysia itu tidak mempunyai lesen ECF yang tertakluk dibawah Guidelines on Regulation of Markets under Section 34 of the Capital Markets and Services Act 2007 untuk menjalankan crowdfunding di Malaysia (rujuk DI SINI). Lihat gambar dibawah :

2.) PERNIAGAANNYA Apakah jenis perniagaan yang dijalankan ?

  1. Air liur

  2. Sub... Sub... Sub... Lesap

  3. Indah khabar dari rupa

  4. Janji janji manis

  5. Gebang & auta

  6. Nyata

  7. Alam maya (virtual)

Apakah produk-produknya ?

  1. Air liur

  2. Sekadar gambar gambar hiasan di website nya

  3. Gambar tidoq atas duit ?

  4. Gambar dan kata kata seperti, "anda mahu duit seperti ini ? anda buat anda dapat, sila pm saya"

Siapakah marketer marketer nya dan orang di sekeliling perniagaannya itu ?

  1. Scammer scammer terkenal ?

  2. Kepala kepala skim ponzi MLM penipu terkenal ?

  3. Tuan Sadiq Sigaraga & Tuan Penasihat 25% ?

  4. Orang orang yang mempunyai reputasi buruk, terkenal sebagai kaki kencing ?

Semua ini adalah perkara yang penting, untuk anda mengetahui what you are going to get your self involve with (apa yang akan anda libatkan diri anda dengan). Bak kata peribahasa omputih, birds of the same feather flocks together gether you know...

Bersambung pada Part 2 DI SINI

Sumber Asal Oleh

https://bitcoinalert.livejournal.com/


 
 
 

Comentários


Featured Review
Tag Cloud

© 2023 by The Book Lover. Proudly created with Wix.com

  • Grey Facebook Icon
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Google+ Icon
bottom of page