Bongkar DinarDirham : Prologue
- kempen anti moneygame
- Sep 19, 2017
- 3 min read
DEBAT PERDANA :
Diskusi mengenai DinarCoin dari DinarDirham.com seperti yang dikatakan oleh Don Teddy Teddy pada post ini http://bit.ly/1ZIF4L4
Mari kita bincangkan...
-
1.) Seperti gambar pertama pada post ini, yang juga diambil dari webpage ini http://bit.ly/1tq8qUG
DD / DC (DinarDirham / DinarCoin) menyatakan, "DINARCOIN" mereka ditambat atau disandarkan atau diikat kepada emas fizikal. Yang mana mereka menggunakan Misqal Mekah, yakni 1 Dinar persamaan dengan 4.25gram emas.
( * tetapi tidak dinyatakan emas 22k (916) atau emas 24k (999) atau kemungkinan emas celup. Ianya tidak dinyatakan dengan jelas, ini adalah gharar. Didalam perundangan, ianya "uncertainty", didalam Akta Kontrak, kontrak terbatal kerana 7 elemen utama kontrak tidak dipenuhi.)
-
2.) Jika tidak silap saya, beberapa bulan lalu, harga 1 DinarCoin dijual pada harga sekitar USD $ 300 - 400. Yakni sekitar RM 1600 - RM 2000.
Harga yang melampau dari harga 1 Dinar emas 22k yang dijual oleh Public Gold di sini http://bit.ly/1OjHLC8 yang hanya berharga sekitar RM 600 sahaja ketika post ini ditulis.
( * ini haram didalam syariah. Langsung tidak syariah compliance. Tapi nak guna nama "dinar". Didalam syariah, emas dengan emas, ayam dengan ayam, babi dengan babi.)
- Itu satu hal... setelah membeli DinarCoin, anda bukannya mendapat emas dinar itu secara fizikal, hanya mendapat 1 DC pada ewallet di screen komputer anda sahaja. Malah certificate pemilikkan emas fizikal yang dikatakan DC itu disandarkan yang sepatutnya milik anda yang membeli DC itu juga tidak diberikan.
-
3.) Bolehkah mereka buktikan mereka mempunyai emas sebanyak mana yang tele (balance) dengan berapa banyak DC yang telah mereka jual ?
- Bank mana yang menyimpan emas tersebut ?
- Assayer emas mana yang memastikan dan mengesahkan ketulenan emas tersebut ?
- Sijil bukti hak pemilikkan emas tersebut (Certificate of Deed). Sijil digital takmau... sijil bank atau pengeluar emas tersebut please.
-
4.) Kenapa plaftorm DD / DC ini bercampur aduk dengan "forex" ? dan membuat pelaburan forex ?
Modus operandi saling tidak tumpah dengan skim forex yang menjamin pulangan tertentu setiap bulan.
Contoh : Axis Capital sekitar tahun 2013 yang dibuat oleh kepala kepala skim ponzi VGMC. Yang menjanjikan 12% ROI tanpa perlu trade, hanya pump duit, duduk relax... goyang telur dan kelentit, duit turun dari langit. Baca di sini : http://bit.ly/1YlA4gW
Lihat :
- Bulan 1 anda dapat faedah 8%-15%
- Bulan 2 anda dapat faedah 8%-15%
- Bulan 3 anda dapat faedah 8%-15%
- Bulan 4 anda dapat faedah 8%-15%
- Bulan 5 anda dapat faedah 8%-15%
- Bulan 6 anda dapat faedah 8%-15%
Setelah 6 bulan, Anda Diberikan 5 pilihan :
1. Sambung 6 bulan kontrak lagi dan dapat faedah 8%-15% sebulan
( * carta di atas di ambil dari youtube di sini : http://bit.ly/1OjITpj )
-
5.) Adakah DinarCoin ini print sendiri (seperti GemCoin, D'Coin, SampahCoin) atau kena mining ?
Rasanya DinarCoin ini print sendiri.. boleh buat "Thin Air" money out of nothing, orang financial mesti faham istilah "Thin Air Money" ni.
-
Saya tidak mahu ambil kira legality lain... kenapa daftar di Hongkong bukan di Malaysia SSM, tetapi sibuk cari mangsa ehh client dari Malaysia.
Saya hanya mahukan penjelasan mengenai perkara diatas wahai founder dan pemilik Syarikat DinarDirham Arai Bin Ezzra dan Najib Razali
Najib Razali... walau pun kita saling kenal mengenali, kawan lama. Tetapi apa kau buat ini salah !!! Kau berkecimpung dengan kepala kepala skim dan golongan skim ponzi piramid. Lagi lama kau terpalit dengan tahi, lagi selesa kau nanti sebab dah biasa. My advice... get out... !!! Aku tahu kau dari dulu cuba buat sesuatu business, tak berjaya. it is just because you mingle with the wrong clan of asshole chutes. Come and see me...
Not everything money can buy... dan please jangan bertuhankan serta berkiblatkan duit... bear that in mind...
"If you think you are rich, there are many out there whom are richer. But if you are honest, you are among the few" -- Tunku Abdul Rahman Putra Al-Hajj --
But for now, jawab semua disini dulu... OK ? Jawab dalam ini...
-
Yang lain lain... mari kita bincangkan... be professional... sila comment...
-
Pembongkaran DinarCoin by DinarDirham :
Bermula dari Part 1, disini : http://bit.ly/1UwRRMw
Sumber Asal :
FB Group : Ponzi Scheme Alert in Malaysia
Di Post Oleh : Luqmanul Hakim Abd Rahim
コメント