Bitclub Network Meragukan
- kempen anti moneygame
- Sep 19, 2017
- 4 min read

BITCLUB NETWORK MERAGUKAN ???
BitClub Network baru popular kat Malaysia, tapi laman web Digiconomist dah buat analisis tentang BitClub Network sejak September 2015.
Klik: http://digiconomist.net/archives
http://digiconomist.net/fraud-risk-assessment-bitclub-network
Digiconomist ada bagi link pendedahan contoh2 penipuan(?) yg BitClub Network buat masa tu (2015), tapi sekarang mungkin dah 'diperbetulkan' / dah 'delete'.
ALAMAT & NO. TELEFON IBU PEJABAT
Antara isu lain yg disentuh, BitClub Network takde sebut ALAMAT rasmi & takde no. TELEFON. Betul ke? Sebuah 'syarikat' / 'bisnes' yg wujud secara SAH perlu kongsikan alamat & no. telefon kpd umum. Daripada alamat & no. telefon, banyak skim kelentong yg boleh dikantoikan (contoh: ZG, Ethtrade & Atlantic/Questra).
Kalau sesiapa ada alamat & no. telefon ibu pejabat BitClub Network, tolong share utk mudahkan kita nak cuba cari kat Maps & call utk bercakap dgn telefonis 'syarikat'.
LAPORAN TAHUNAN 'SYARIKAT' YANG DIAUDIT
Digiconomist juga sebut takde audit bebas terhadap 'syarikat' BitClub Network.
Laporan tahunan 'syarikat' pun macam takde. Kalau sesiapa ada jumpa LAPORAN TAHUNAN 'SYARIKAT' BitClub Network, tolong share kat sini.
'SYARIKAT' BITCLUB NETWORK NI BERDAFTAR KAT NEGARA MANA?
Tolong kongsikan juga BitClub Network ni berdaftar kat negara mana sebab walaupun kononnya BitClub Network ni ada kat Iceland, laman web Digiconomist juga dapati takde 'syarikat' berdaftar atas nama BitClub kat Iceland.
WEBSITE PUN BUAT KAT PANAMA JUGAK?
Macam skim kelentong ZG, laman web BitClub Network juga dibuat kat PANAMA?
Visitors ke laman web BitClub Network juga takde drpd Iceland? Kalau tengok kat YouTube, 'gudang' mining pool BitClub Network bukan main besar kat Iceland (kononnya kat Reykjavik & seluas 45 ekar), tapi orang Iceland pun tak visit laman web & join BitClub Network? Macam pelik je.
Klik: http://www.hypestat.com/info/bitclubnetwork.com
'FOUNDER' BITCLUB NETWORK (RUSS MEDLIN)
Kalau cari kat Google, boleh jumpa 'kisah lama' founder BitClub Network (Russ Albert Medlin) dengan skim-skim lain & rekod jenayah dia kat US.
VIDEO LAWATAN KE ICELAND
Video2 PENDEK kat YouTube yg tunjukkan 'gudang' mining pool BitClub Network & lawatan ke sana (kononnya kat Iceland) pun hanya tunjuk sebelah dalam je atau kat luar je 'gudang' mining pool yg dilawati.
'Pelabur' BitClub Network yg ada video panjang yg lebih meyakinkan, tolong share kat sini kalau ada.
Contoh: Video yg tunjukkan pelawat dari Malaysia ke mining pool tu sampai kat airport Iceland ke & lepas tu video diorang kat luar bangunan 'gudang' mining pool yg ada tunjuk lokasi mining pool tu kat jalan mana ke, dan sebagainya sebab carian kat Google Maps takde pun tunjuk lokasi pejabat / mining pool BitClub Network ada kat Iceland.
Kita nak tahu, kalau BitClub Network betul ada 'gudang' mining pool sendiri bersaiz 45 ekar kat Reykjavik, Iceland, kita nak tahu kat jalan apa, dekat dgn bangunan apa, sebab semua tu kita boleh tengok guna Google Maps & Google Street View. Tolong share alamatnya kalau ada sesiapa yg tau.
Ni contoh video kat YouTube yg agak meyakinkan tentang lawatan ke 'mine' kat satu kawasan terpencil kat Iceland tapi bukan milik BitClub Network
(terus lompat ke minit ke 3:01):
https://youtu.be/SJgWqbZBn6I
Fungsi utama VERNE GLOBAL adalah sebagai DATA CENTER, bukannya sebagai BITCOIN MINING POOL(?)
Ada 'ahli' BitClub Network (BC) yg kata mining facility BC terletak kat Verne Global Data Center, Iceland, tapi cuba sesiapa buktikan BC ada beroperasi kat situ sebab video2 Verne Global kat link bawah ni takde pun tunjuk / cerita pasal BC bahkan takde cerita pun pasal mining bitcoin sebab fungsi utama Verne Global adalah sebagai Data Center, bukannya sebagai 'pool' utk mining bitcoin(?):
https://youtu.be/fttCBN7bI8g
https://youtu.be/GWmoig1ghL4
Baca sendiri apa fungsi & kemudahan yg disediakan kat Verne Global atau cari perkataan BitClub Network kat laman web rasmi Verne Global kalau boleh jumpa:
https://verneglobal.com
Lagipun, Verne Global cawangan Iceland terletak di bandar Reykjanesbaer (office) dan Keflavik (campus), bukannya kat bandar Reykjavic:
Klik: https://verneglobal.com/contact
https://verneglobal.com/locations#campus
REYKJAVIK atau KEFLAVIK, ICELAND ???
'BitClub Network' kata:
"Real Business BitClub Network merupakan antara perlombong terbesar dunia yang beroperasi di Reykjavik Iceland."
(rujuk: http://bitclubmalaysia.com).
Kalau ada kat Reykjavik, maka mengapa mining facility BitClub Network perlu 'menumpang' kat Verne Global Data Center campus kat bandar Keflavik?
Kalau 'ahli' BitClub Network ada video 'lawatan' ke Iceland yg agak meyakinkan, cuba bandingkan video tu dgn video 360 lawatan tapak ke Verne Global Data Center (campus) kat Iceland:
https://youtu.be/2_pkQs0g26U
https://m.youtube.com/watch?v=2_pkQs0g26U
Lagipun, laman web BitClub Network juga sebut operasi mining BitClub Network di Reykjavik (bukan 'menumpang' di Verne Global, Keflavik):
https://bitclubnetwork.com/products.html
"We are attempting to build one of the largest Bitcoin mining pools in the world!"
"BitClub Network mining operation in Reykjavik Iceland."
BOLEH TANYA SENDIRI PIHAK VERNE GLOBAL
Kalau nak tanya betul ke BitClub Network adalah salah satu pelanggan Verne Global atau BitClub Network ada 'MENUMPANG' mesin2 melombong bitcoin diorang kat Verne Global Data Center campus kat Keflavik, Iceland, boleh cuba e-mel kpd:
info@verneglobal.com
Kepada sesiapa yg dah cuba e-mel akan dapati Verne Global ada bitcoin mining facilities (bukan 'pool' seperti yg disebut dlm laman web BitClub Network yg kononnya sedang bina 'pool' antara yg terbesar di dunia / "We are attempting to build one of the largest Bitcoin mining pools in the world!"). Tapi sama ada BitClub Network ada 'MENUMPANG' kat Verne Global kena tanya sendiri kat BitClub Network.
Kalau 'sedang bina bitcoin mining pool antara yg terbesar di dunia', takkan 'MENUMPANG' je kot kat tempat orang lain?
BITCLUB NETWORK BEROPERASI KAT MINING FARM MILIK MR. YOSHI??? BUKAN MILIK VERNE GLOBAL???
Ada 'ahli' BitClub Network yg pulak kata Mr. Yoshi adalah pemilik mining farm di mana mesin2 'melombong' BitClub Network ditempatkan di situ.
Baca:https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10208415710344211&id=1649587095
Maka, semakin JELAS(?) bahawa BitClub Network bukan 'MENUMPANG' kat Verne Global Data Center campus kat Keflavik, Iceland yg mempunyai tahap security yg tinggi utk sebarangan pelawat, tapi 'MENUMPANG' mining farm milik Mr. Yoshi.
Maka, video2 PENDEK kat YouTube tentang lawatan 'pelabur' BitClub Network kat DALAM & LUAR 'gudang' mana2 ntah tapi dilabelkan kononnya kat Verne Global adalah meragukan kerana ada 3 versi cerita lokasi operasi BitClub Network iaitu 1) di Reykjavic, 2) di Verne Global, Keflavik (menumpang) & 3) di mining farm milik Mr. Yoshi (menumpang).
Kat Verne Global konon:
https://youtu.be/3Efv6nqHfWc
https://youtu.be/4UTxd_P6uiA
https://youtu.be/iQqFDRgQIDo
MULTI LEVEL MARKETING (MLM) ???
Business Insider kata BitClub Network guna kaedah MLM? :http://www.businessinsider.com/bitcoin-pools-miners-ranked-2016-6/?IR=T
Skim2 mengarut memang banyak tersebar dgn kaedah 'cari orang' & bagi 'bayaran/bonus' bila ada orang 'join' melalui kita.
MOHON BERHATI-HATI SEBELUM TERJEBAK & AJAK ORANG LAIN UNTUK TERJEBAK.
========================================
Baca juga artikel / maklumat lain yg berkaitan:
ISU SYARIAH ( GHARAR FAHISY )
https://lariba.org.my/isu-isu-syariah-matawang-crypto
e-FATWA : HUKUM PENGGUNAAN BITCOINhttp://web.archive.org/web/20150122215500/http:/www.e-fatwa.gov.my/blog/hukum-penggunaan-bitcoin-sebagai-medium-untuk-bermuamalat
========================================
Wallahu a'lam. Wassalam...
Posting link: https://m.facebook.com/groups/574825805979296?view=permalink&id=1266065706855299
Pendedahan lain: https://m.facebook.com/groups/574825805979296?view=permalink&id=1168161786645692
sumber
https://www.facebook.com/groups/PonziSchemeMalaysia/permalink/1266065706855299/
fb:Saadiah Mohd A






Comentarios